PENYATA VISI DAN MISI PEMADAM PERAK DARUL RIDZUAN

Visi PEMADAM Perak

Ke arah Komuniti Perak Bebas Dadah Negeri Perak Darul Ridzuan di bawah Gagasan Perak Amanjaya.

Misi PEMADAM Perak

Misi PEMADAM Perak Darul Ridzuan adalah untuk membantu Kerajaan Perak mencapai tahap Komuniti Bebas Dadah pada tahun 2020 dengan kerjasama dengan semua pihak berkepentingan termasuk agensi kerajaan, swasta serta NGO berpandukan Pelan Tindakan Strategik PEMADAM 2015-2020 yang komprehensif dan bersepadu. Untuk mencapai objektif ini, PEMADAM Perak akan melaksanakan program/inisiatif untuk mengenal pasti, mendidik, membanteras dan mencegah penyalahgunaan dadah dan segala bahan terlarang melalui 6 tonggak utama iaitu:

  • PELAJAR BEBAS DADAH
  • PEKERJA BEBAS DADAH
  • KELUARGA BEBAS DADAH
  • KOMUNITI BEBAS DADAH
  • PEMUTIHAN KAWASAN HOTSPOT
  • PEMBANTERASAN JENAYAH DAN DADAH DI PERINGKAT MUKIM