MENGENAI PSS

Apa itu PSS?

Pusat Sumber Setempat (PSS) adalah merupakan aspirasi yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Perak kepada rakyat setempat. Tujuan utama PSS diperkenalkan adalah untuk membantu rakyat tempatan terutamanya bagi mereka yang menetap di kawasan luar bandar mendapatkan akses terbaik kepada berita terkini, bantuan serta membuat aduan ke atas permasalah yang mereka hadapi.

Visi & Misi
  • ›Menjadikan Perak sebagai negeri berpengetahuan penuh menjelang 2020.
  • ›Memperkasakan fungsi Pejabat Penghulu sebagai sebuah pusat informasi setempat.
  • ›Memberi pendedahan mengenai kewujudan perkhidmatan yang ditawarkan agensi kerajaan negeri.
  • ›Memberi kemudahan ICT kepada komuniti setempat.
  • ›Merapatkan jurang di antara penduduk luar bandar dengan kerajaan negeri Perak.
Peranan Kami
  • ›Memudahkan para pencari kerja yang berada di luar bandar/daerah untuk mendaftar dan mendapatkan maklumat yang terkini berkenaan jawatan kosong dan road tour PeKA.
  • Membantu penduduk di luar bandar/daerah mendapatkan maklumat terkini, senarai bantuan atau membuat aduan secara terus kepada agensi-agensi kerajaan negeri Perak.
Lokasi Kami

Kemudahan PSS dapat diakses di 12 Pejabat Penghulu di setiap daerah di negeri Perak.

  1. Gerik
  2. Bagan Serai
  3. Senggang
  4. Lumut
  5. Bota
  6. Tanjong Tualang
  7. Teja
  8. Batang Padang
  9. Durian Sebatang
  10. Beruas
  11. Slim
  12. Bukit Gantang