baju biru penuh

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Perak Amanjaya.

Terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya, dapat kita bersua lagi pada tahun 2016 ini.

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Pusat Kerjaya Amanjaya dan KPerak Inc kerana memberikan kerjasama dalam merealisasikan inisiatif Kerajaan Negeri Perak dalam mewujudkan Pusat Sumber Setempat (PSS). Visi dan Misi Kerajaan Negeri juga ingin menjadikan Negeri Perak berpengetahuan penuh menjelang 2020.

Agenda utama Pusat Sumber Setempat ialah untuk memperkasakan pejabat-pejabat Penghulu disamping membantu orang ramai di setiap daerah untuk mendapatkan maklumat terkini. Selain itu, Kperak dan PeKA akan menjalankan  aktiviti lain seperti program keusahawanan, temuduga terbuka dan pendidikan.

Pusat Sumber Setempat akan dilaksanakan di 13 Pejabat Daerah untuk fasa pertama tahun ini. Antara pejabat penghulu yang dipilih adalah Gerik, Bagan Serai, Bukit Gantang, Senggang, Lumut, Bota, Tanjong Tualang, Teja, Batang Padang, Bagan Datoh, Durian Sebatang, Beruas dan Slim.

Pusat Sumber Setempat akan ditempatkan 3 – 5 komputer dan diletakkan di sudut yang bersesuaian.

Kejayaan mewujudkan Pusat Sumber Setempat ini juga dapat direalisasikan hasil kerjasama pelbagai pihak iaitu Agensi-Agensi Kerajaan, Pegawai Daerah, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah, Penghulu Kanan, Penghulu serta Ketua Kampung yang sentiasa mengamalkan budaya kerja berprestasi dan sentiasa memberi kerjasama dan proaktif dalam memberi idea yang menjadi input penting bagi memastikan kelancaran program ini berjalan lancer.

Semoga dengan adanya Pusat Sumber Setempat (PSS), segala program yang dianjurkan PeKA akan berjalan lancar dan memperolehi kejayaan yang lebih cemerlang, berinovatif, berdaya saing serta menjadi terbaik di Malaysia.

“1 PENGGUNA 1 SUARA”

Sekian, terima kasih.

(YB DATO’ HJ. SAMSUDIN BIN ABU HASSAN)
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Perak Darul Ridzuan