Jabatan Perhutanan Negeri Perak

Maklumat Agensi/Institusi

Jabatan Perhutanan Negeri Perak telah diwujudkan di Negeri Perak Darul Ridzuan dalam tahun 1895, Struktur pentadbiran ini diperlengkapkan pada tahun 1895. Struktur pentadbiran ini diperlengkapkan pada tahun 1901 dengan diketuai oleh seorang Timbalan Pemelihara Hutan (Deputy Conservator of Forest). Pada tahun 1947, pentadbiran Jabatan Perhutanan Negeri Perak telah diperkemaskan lagi dengan penwujudan jawatan Pengarah Perhutanan Negeri.

Struktur organisasi Jabatan Perhutanan Negeri Perak terbahagi kepada tiga (3) bahagian iaitu Bahagian Pentadbiran dan Kewangan; Bahagian Pembangunan Hutan dan Bahagian Operasi Hutan. Bagi melicinkan pentadbiran, Jabatan Perhutanan dibahagikan kepada lima(5) Daerah Pentadbiran Hutan yang setiap satunya diketuai oleh Pegawai Hutan Daerah (PHD). Di bawah setiap Pejabat Hutan Daerah ini pula terdapat beberapa Renjer Hutan.

Alamat:
Jabatan Perhutanan Negeri Perak
Persiaran Meru Utama,
Bandar Meru Raya,
30020, Ipoh Perak
Telefon: 05-5288100
Laman Rasmi: http://www.perakforestry.gov.my/

Maklumat Tambahan