Majlis Belia Negeri (MBN) Perak

Maklumat Agensi/Institusi

Majlis Belia Negeri Perak merupakan sebuah badan induk bagi menyelaraskan pertubuhan-pertubuhan belia di peringkat negeri dan daerah dan telah diakui pendaftarnya oleh Pejabat Pendaftaran Pertubuhan pada 15 Februari, 1993.

Matlamat:

  • Berusaha menegak dan mengukuhkan prinsip sukarela dan demokratik dalam pergerakan belia.
  • Menyebar penerangan dan maklumat mengenai cara-cara, teknik dan kegiatan-kegiatan pertubuhan belia.
  • Mengemukakan pendapat dan perakuan kepada Kerajaan, Badan-badan berkanun atau kepada Badan-badan yang lain mengenai perkara pergerakan belia.
  • Membantu memajukan kegiatan belia dan memberi galakan menerusi usaha bersama, perkembangan-perkembangan kerja-kerja belia oleh pertubuhan belia sukarela.
  • Dengan cara berunding membantu menubuhkan persatuan-persatuan baru atau pertubuhan untuk memajukan kerja-kerja belia yang sekarang ini belum ada.
  • Menggalakkan persefahaman antara kaum, kerjasama dan kesejahteraan menerusi kegiatan-kegiatan belia.
  • Menganjur dan menggalakkan minat untuk kesuburan rohani, jasmani , mental dan emosi dan pendidikan belia-belia dikalangan badan-badan yang mempunyai minat dalam perkara ini serta berusaha ke arah kecemerlangan¬†dalam segala apa yang dilakukan.
  • Bekerja rapat dengan Jabatan-jabatan dan Badan-badan yang bertanggungjawab berkenaan hal ehwal belia untuk kepentingan belia.
  • Berusaha dan menggalakkan kegiatan ekonomi dikalangan belia.
  • Berusaha mengumpulkan harta untuk Majlis membiayai kegiatan-kegiatannya.
  • Mencapai matlamat Majlis tanpa mencampuri politik.

Alamat

Majlis Belia Negeri Perak
Tingkat Bawah Kompleks Belia Dan Sukan Negeri
Jln Ghazali Jawi
31400 Ipoh Perak,
Ipoh, Perak Darul Ridzuan
Tel: +6055496708
Faks: +6055496808
Email : yopmbnpk@gmail.com

 

Maklumat Tambahan