Perak Investment Management Centre (INVEST PERAK)

Maklumat Agensi/Institusi

Perak Investment Management Centre atau lebih dikenali sebagai InvestPerak, adalah agensi utama dalam mempromosi pelaburan di Perak. InvestPerak menguruskan Pusat Pelaburan (COI) dan merupakan titik permulaan pertama dalam membantu perhubungan pelabur-pelabur mendapatkan nasihat dan rujukan bagi pelaburan di Perak. InvestPerak menyediakan khidmat nasihat kepada perkembangan perniagaan, penerokaan pelaburan dan peluang perniagaan baru, penyelarasan dalam melaksanakan projek-projek pelaburan dan juga bantuan dalam menyelesaikan isu-isu yang dihadapi oleh pelabur.

InvestPerak melengkapkan peranan yang diambil oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) yang memainkan peranan yang penting di peringkat Kerajaan Persekutuan. InvestPerak bekerja rapat dengan jabatan-jabatan berkaitan dan agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, pembekal utiliti serta dewan perniagaan dan persatuan industri untuk memastikan perniagaan dan industri pembuatan terus berkembang di Perak.

Alamat:
Tingkat 4, Perak Techno Trade Center,
Bandar Meru Raya
Off Jalan Jelapang
30020 Ipoh, Perak
Telefon: 05-5292448 / 449
Laman Rasmi : http://investperak.gov.my/

Maklumat Tambahan