Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk)

Maklumat Agensi/Institusi

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) adalah sebuah dari perbadanan di bawah kerajaan negeri Perak yang ditubuhkan di bawah Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awan Negeri Perak Bilangan 4 pada 22 September 1977 – pindaan Julai 2005. PPANPk berhasrat untuk melahirkan masyarakat termaklum yang berteraskan ilmu pengetahuan melalui pendidikan sepanjang hayat. PPANPk juga komited dalam:

  • Mewujudkan koleksi yang komprehensif lagi bermutu untuk manfaat masyarakat mengikut citarasa semasa berdasarkan wawasan negara.
  • Menyediakan rangkaian perkhidmatan maklumat yang berwibawa melalui rangkaian maklumat tempatan, kebangsaan dan antarabangsa.
  • Menyediakan prasarana pembacaan awam yang seimbang lagi berkualiti dengan tenaga kerja yang terlatih.
  • Mempromosikan kegiatan galakguna perpustakaan dan pembudayaan maklumat agar perkhidmatan dapat dimakmurkan dan lebih ekonomik.

Alamat:
No 7, Jalan Raja DiHilir, Jln. Tambun,
30350 Ipoh, Perak
Telefon: 05-2491888
Laman Rasmi: http://ppanpk.perak.gov.my/

Maklumat Tambahan